kenapa asam pedas bukan kari, bukan gulai Kedah (ehemm..), bukan ayam lemak cli api, bukan pecel lele blablabla? sebab asam pedas menjatuhcintakan saya pada asam pedas.apa ayat saya ni? maksud saya, aroma, bau, rasa asam pedas sudah cukup mencairkan hati saya. tak kisahlah asam pedas bentuk macam manapun. mungkin, sebab saya orang Johor? yelah, kalau orang selatan ni, suka asam pedaslah, kalau orang nogori, suka lemak cili api, kalau orang Kedah, suka gulai Kedahlah. typical kan sebab dibesarkan dengan lauk itu, maka lidah ni memang peka dekat lauk tu jelah.seperti saya, mungkin asam pedas tidak akan pernah lekang dari juadah wajib saya berbanding lauk-lauk lain berbeza pula dengan orang Kedah atau Negeri Sembilan, Gulai Kedah dan lomak cili api mesti always in heart, kan? kalau sayakahwin dengan orang bukan Johor pun, saya tak peduli. asam pedas tetap lauk utama hidang atas meja. kena makan juga! HAHAAHA

apa yang menarik tentang negeri Johor (ehem, nak kipas-kipas Johor ni kenapa?) adalah anak-anak daranya yang cantik-cantik belaka. like me? eh, tidak. memanglah anak-anak dara dia cantik-cantik belaka, tetapi yang lebih menarik dari itu, Johor ni seakan-akan syurga makan

bagi orang-orang yang suka makan macam saya. (no wonder kau tembam montel,Aiza =='). so, kalau nak rasa pelbagai makanan sedap-sedap sampai termimpi-mimpi, atau mungkin sampai tidur pun mengigau, boleh pula makan sambil tidur tu, marilah datang Johor. eh, saya tak cakap tau masakan negeri lain tak sedap. bukan-bukan, maksud saya, Johor diantara negeri yang buaaanyak makanan best-best. percayalah. ceruk mana pun datang kat negeri ni, mesti ada makanan. kitorang ada laksa Johor, otak-otak kempas yang syiok gila, mee bandung Muar, nasi beryiani gam Batu Pahat, telur pindang, and banyak lagilah (takkan nak senarai semua kan?). yang paling penting, asam pedas! apa beza asam pedas Johor dan Melaka? mak saya cakap, beza dia kepedasan, kemasaman, dan kepekatan lauk dia. entah, saya tatahu. tapi yang penting, memang berbeza. hee.
okey, kalau nak senang lagi, kahwinlah dengan orang Johor agar anda mendapat privillage untuk makan makanan sedap-sedap hari-hari tak perlu sampai mengigau makan kat dapur masa tidur. eh, saya tak bermaksud kenen-kenen dengan saya tahu! orang Johor tu buaanyakk.so pilihlahhhh. heeee!
Post a Comment